Bertolak ke Melaka hari rabu petang, sampai dalam pukul 6, kuar makan ngan Azhan, Omar, Azri, Am dan Fai ke Times Millenium. Order Kong Pow Chicken + Telur mata + Milo Ais + Air kosong. Order aku terabai. Sound jap waiter. Dapat nasik. LAHAP. Balik semula ke rumah sewa, berjaga sampai kul 3 pagi. Jumpa Lid tengah buat FYP dengan Fendi sebab nak present esok. Aku masuk tidur semasa bebudak rumah tengah isap syisha. Bangun kul 6 pagi. Tido balik sampai pukul 11 pagi. Bangun balik, gi bersiap, pergi kampus ambik sijil, then dapat satu bad news from finance, balik rumah sewa, bersandar jap, menanti member bangun tido. Omar bangun. Omar gi kejutkan Ajie dan Azhan yang tengah tidur mati. Ajie kantoi terlanggar botol plastik semasa cuba pura2 masih tidur. Azhan, Omar ngan Ajie bersiap tuk gi makan. Sementara tunggu diorang bersiap, main gitar omar jap. Bila diorang dah bersiap, bertolak ke R&R untuk lunch. Borak2 terlajak ke pukul 4 petang. Hati tengah kaget. Gerak pulang ke rumah ambik beg dan terus pergi ke OBR jap sebab Fendi kirim Ameltz Yoko2 dengan Omar sebagai driver. Patah balik ke rumah sewa tuk paskan ameltz yoko2 ke Fendi. Gerak terus ke Melaka Central. Babai kat Omar. Jalan kaki ke kaunter. Beli tiket bas pukul 5. Melepak jap. Call Kak Lina kasi updet. Naik bas. Lelap sekejap kat dalam bas. Ada seorang wanita menjeling2 kat seat sebelah. Aku buat bodo sebab aku ngantuk + tensi. Takde mood. Sampai KL pukul 7 lebih. Gerak ke Star LRT, ambik tiket ke Ampang. Call Marcus mintak jemput. Straight gi ke rumah dia tolong angkat barang sebab dia tengah pindah barang2 kat rumah lama ke rumah baru. Proses abis dalam pukul 1 pagi. Semua keletihan sambil tersadai. Setup PC + TV 50 inci + main game Street Fighter 4 jap pakai controller Xbox 360. Bergerak ke McD pukul 1.30 pagi. Borak2 jap. Trent antar aku balik rumah. Aku sampai di rumah. On laptop sampai sekarang, sambil mendrafkan post ni. Aku ngantuk. Tido dulu. Babai.
PS : Buruk betul certificate diploma aku. Lawa lagi certificate sekolah rendah aku!

Sorry man.
I guess nasib aku tak baik.
Hopefully next time we can meet up.
Takpe, there always next time, dude. =P