Aku tau…
2 03 2007Dari dulu lagi… aku dah tau.. selepas je aku mintak dia jadi sebagai teman hidup aku… aku dah agak perkara ni akan jadi. Aku pun dah tau nanti aku akan sakit lebih teruk disebabkab perkara ni. Aku juga tau aku akan menyusahkan diri dia dan diri aku sendiri. Akhirnya, Aku tau dia akan benci aku walaupun dah lebih setahun kami bersama. Heh. Seperti apa yg tok guru aku cakap, kelemahan seorang pendekar hanya satu je, perempuan. Tapi, aku degil. Aku teruskan juga.. dan sekarang, rasa la akibatnya.. ilmu tak terjaga, mental dan fizikal pun tak terjaga.
Tapi kenapa aku teruskan? Tak serik ke dilukai oleh perempuan sebanyak dua kali? Kalau ‘dia’ aku serik. Kalau nasha, aku tak serik.. malah lagi sanggup dilukai berapa banyak sekalipun, sebab aku tau aku takkan dilukai oleh dia. Nasha pernah tanya aku, apa yg membuatkan dia special di hati aku. Aku tak jawab persoalan tu sepenuhnya, so aku jawab je kat sini.. biar ringan skit kepala otak aku. Ada 5 sebab, firstly, agamanya. Kedua, hartanya. Ketiga, rupanya. Keempat, tanggung jawabnya. Kelima, hatinya. Semua cukup. Tapi kami masih gak berpisah, sebab dia masih muda, masih banyak lagi benda yg dia harus belajar. Setakat ni, masalah dia ni kalau nak dibandingkan dengan aku, aku boleh kata 1/50. Tak lebih, tak kurang. Banyak lagi benda yg dia tak tau, family aku pun tak tau dan kawan2 aku pun tak tau.
Heh. Kalau aku ada depan dia time tu, mesti aku tergelak. Kenapa? Hahaha.. buat masa ni, simpan je la dalam hati dulu. Lagipun, disebabkan benda tu lah yg menyebabkan aku jadi teruk, lagi melarat. Tapi, berjaya gak nasha selamatkan aku dari terus melarat sampai ke tahap yg aku rasa, aku rela mati dari terus hidup. Aku tau, aku ada tanggungjawab dengan mama, babah ngan kakak aku. Tapi, benda ni boleh membuatkan aku mati. Terus terang aku cakap, benda ni bagaikan dark side aku. Aku tak boleh explain secara bertulis, benda ni terlampau besar rahsianya.
Categories : Personal






