GILA BOSAN! -A-

15 02 2007

Hari ni tido lambat… gara2 kelas kul 10 pagi. Haihz. Gi klas dalam kul 9.40 pagi camtu sambil borak2 ngan kakak aku melalui phone. Pelbagai benda kitorang sembang, dari pasal personal sampai la pasal study. Kat kelas plak, gila bosan dan gila tak paham. Kelas math you know, i really2 hate it. Aku blur gila dalam add math. Serious. Aku fail kot add math masa SPM dulu, sebab tak suka kira2. Last2 skrang ni kena belajar balik add math. Sedih betol.  Anyway, pas balik kelas je tadi, terus lepak2 jap kat rumah tgk tv, makan maggi + roti sebelum masuk tido. Letih gila wei. Time nak baring je, dah leh terlelap. Huhuhu. Dulu rajin bangun pagi, sekarang ni rajin bangun petang atau malam. Semua disebabkan oleh time malam aku aktif sangat kot. Huhu.

Malam tadi aku tak join housemate aku gi dinner sebab rasa perut masih lagi kenyang (gara2 baru bangun dari tido kot?) :P. Dalam sejam, dua jam camtu, aku kuar makan ngan wan. Kitorang makan kat tempat jauh skit.. sebab bosan makan kat tempat sama je hari2. Hehe. Macam2 kitorang sembang, sembang pasal praktikal la, IT la, dan project masing2. Menarik gak la salah satu project tu, cuma kitorang rasa tak cukup masa je utk buat kerja project tu. Plus, kitorang sibuk ngan study dan life masing2. Adei. Aku takde la plak nak citer pasal project aku, sebab project aku ni err memerlukan modal skit utk dilaksanakan, so aku tak cerita la kat dia.. hehehe. Abis je sembang (dalam dua jam camtu), kitorang gerak pulang ke rumah. Sampai rumah, sedar2 semua housemate dah tido sebab time tu kul 2 pagi. Kekeke, tapi ada gak yg hidup, din. So aku main pangya jap ngan Din, lepas tu baru la aku update blog ni… Oh ye, esok aku ada klas kul 4 petang. Tutorial plak tu… tak siap lagi nih.. sebab aku tak tau nak buat.. lecturer ajar pun aku tak berapa paham sangat. Faham sikit2 je.. tengok la nanti time cuti nanti aku study gila2 (insyaallah), sebab exam midterm dah dekat. Cuak gak aku. Hehe.

Oh ye, project omega tu nanti aku nak buat balik.. nak tambah benda baru skit supaya isi kandungan dia nampak banyak dan padat dengan informasi.. harap2 la. English ni aku fail sikit bab grammar, so jangan cucuk mata pula kalau tengok grammatical error aku banyak sangat dalam omega tu. Kekeke. Ok la. Sampai di sini je catatan blog aku hari ni.. Bye!